MALAYSIA
Lelaki maut ditembak di stesen minyak
Kes tembakan itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Gambar/ Sinar Harian
SHAH ALAM: Seorang lelaki warga tempatan maut dalam kejadian tembak di sebuah stesen minyak di sekitar kawasan Bukit Tinggi, Klang malam tadi.
Ringkasan AI
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata kejadian kira-kira 11 malam itu melibatkan seorang suspek yang melepaskan beberapa das tembakan ke arah hadapan kereta dan terkena di bahagian hadapan mangsa berusia 34 tahun.
"Polis menerima maklumat daripada orang awam yang melaporkan ada kejadian tembak di sebuah stesen minyak dalam kawasan Klang Selatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Shazeli dalam kenyataan sama memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan untuk berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah ASP Aminuddin Mahadi di talian 013-2104006 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, tular rakaman video yang memaparkan seorang lelaki dalam keadaan cedera dipercayai akibat ditembak, sedang diusung oleh petugas kesihatan untuk mendapatkan rawatan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Seorang lelaki warga tempatan maut dalam kejadian tembak di stesen minyak di Bukit Tinggi, Klang malam lepas.
- Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, mengesahkan kejadian tersebut dan meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan.
- Kes tembakan itu sedang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.