awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] RUU hadkan tempoh jawatan Perdana Menteri dibentang 19 Jan - PM Anwar
Menantu Hadi Awang didakwa sertai perhimpunan Kampung Sungai Baru
Latvia lapor kerosakan kabel dasar laut di Laut Baltik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut ditetak jiran gara-gara tuntut penjelasan anak ditampar

Bernama
Bernama
10/08/2021
14:57 MYT
Lelaki maut ditetak jiran gara-gara tuntut penjelasan anak ditampar
Nor Omar berkata, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini. - Gambar hiasan
LUMUT: Gara-gara ingin menuntut penjelasan selepas anaknya ditampar jiran, seorang lelaki mati ditetak dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Sitiawan-Bruas, kira-kira 40 kilometer dari sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa yang berumur lingkungan 40-an maut di tempat kejadian, selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan kaki.
"Kejadian dipercayai berlaku akibat perselisihan faham. Suspek dikatakan telah menampar anak lelaki mangsa yang berumur 10 tahun, sebelum mangsa berjumpa untuk berbincang dengan suspek bagi menuntut penjelasan.
"Semasa berbincang, telah berlaku pertelingkahan dan suspek telah menetak mangsa dengan parang di kepala dan kaki," katanya ketika dihubungi hari ini.
Nor Omar berkata, suspek yang berumur lingkungan 40 itu ditahan kira-kira 20 minit selepas kejadian itu di rumahnya yang juga lokasi kejadian, dan kini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bapa
#mati ditetak
#jiran
#tampar anak
#bunuh
#cedera parah
#Sitiawan
#bruas
#manjung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan