awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Filipina sedia corak masa depan pelancongan serantau menjelang Kepengerusian ASEAN 2026
Syria lancar mata wang baharu pada 1 Jan - Gabenor Bank Pusat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut ditetak rakan serumah

Bernama
Bernama
25/10/2021
09:31 MYT
Lelaki maut ditetak rakan serumah
Seorang lelaki maut akibat ditetak rakan serumahnya dipercayai kerana pergaduhan yang berpunca daripada kehilangan telefon bimbit seorang rakan mereka. - Gambar hiasan
BUTTERWORTH: Seorang lelaki maut akibat ditetak rakan serumahnya dipercayai kerana pergaduhan yang berpunca daripada kehilangan telefon bimbit seorang rakan mereka, di sebuah rumah di Jalan Pak Abu, Kampung Telaga Air di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor berkata polis menerima laporan kejadian terhadap lelaki berusia 30 tahun itu pada 7.35 malam.
"Berdasarkan keterangan saksi iaitu adik lelaki tiri suspek, dia yang tinggal di rumah bersebelahan terdengar pertengkaran mulut antara abang tirinya yang menyewa rumah itu bersama si mati dengan beberapa lagi rakan pada 7.30 malam.
"Menurut saksi itu, dia bagaimanapun tidak melihat pertengkaran tersebut sehinggalah nampak si mati dibawa ke pondok di hadapan rumah oleh dua rakan serumah si mati sebelum kedua-duanya menghubungi ambulans berikutan si mati cedera parah akibat ditetak," katanya yang dihubungi Bernama hari ini.
Noorzainy berkata mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya dan disahkan meninggal dunia pada 9.17 malam ketika menerima rawatan akibat cedera parah di betis dan jari.
Beliau berkata susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki berusia 34 tahun di kawasan Mak Mandin pada 9 pagi tadi dan menerusi siasatan awal, lelaki itu mengaku berlaku pertengkaran mulut dan pergelutan antaranya dengan mangsa.
Katanya hasil ujian saringan awal darah mendapati mangsa positif dadah dan memiliki 15 rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah manakala suspek yang mempunyai 22 rekod lampau berkaitan jenayah kini direman seminggu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#maut ditetak
#rakan serumah
#pergaduhan
#Telefon bimbit
#Jalan Pak Abu
#Kampung Telaga Air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan