awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut ditikam, ditetak dalam pergaduhan

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
15/05/2022
08:56 MYT
Lelaki maut ditikam, ditetak dalam pergaduhan
Dalam video itu, kelihatan seorang wanita didapati memegang senjata tajam dipercayai parang dengan terdapat mangsa yang parah terbaring di atas jalan dan berlumuran darah. - Foto ihsan pembaca/media sosial
BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki maut dipercayai ditikam dan ditetak dalam pergaduhan membabitkan sekumpulan individu termasuk seorang wanita dalam kejadian berhampiran medan selera di Kampung Baru, Bukit Mertajam, Pulau Pinang malam Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, lelaki berusia 30-an berkenaan dikejarkan ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) oleh orang awam untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata siasatan mendapati pergaduhan berlaku di antara mangsa, seorang wanita dengan empat lelaki warga tempatan yang saling mengenali.
“Siasatan mendapati mangsa dan suspek saling mengenali dan pihak polis kini mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian manakala punca pergaduhan juga masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Sehubungan itu, polis memohon supaya orang awam yang menyaksikan kejadian untuk tampil membantu siasatan dengan terus menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Ahmad Shahir Adnan di talian 019-9517045 atau 04-5382222.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Terdahulu, tular tiga buah video berdurasi lima, tujuh dan 10 saat yang memaparkan kejadian pergaduhan menggunakan senjata tajam.
Dalam video itu, kelihatan seorang wanita didapati memegang senjata tajam dipercayai parang dengan terdapat mangsa yang parah terbaring di atas jalan dan berlumuran darah.
Topic Berkaitan
#maut ditikam
#ditetak
#pergaduhan
#Kampung Baru
#Bukit Mertajam
#Polis Daerah Seberang Perai Tengah
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan