Lelaki maut kemalangan depan IPK Kedah

Sinar Harian
Ogos 9, 2021 21:51 MYT
Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di hadapan pintu masuk IPK Kedah, pada Isnin. -Gambar hiasan
ALOR SETAR: Seorang lelaki berusia 55 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di hadapan pintu masuk Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, pada Isnin.
Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kedah, Superintendan Chuah Seong Lim berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi yang turut melibatkan sebuah kereta dipandu seorang pegawai awam di IPK Kedah.
Katanya, siasatan awal mendapati kedua-dua kenderaan datang dari arah Bulatan Jalan Telok Wan Jah dan kemalangan berlaku apabila kereta terbabit membelok masuk ke IPK Kedah sebelum mangsa melanggar kereta tersebut.
"Akibat pelanggaran itu mangsa cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.
Menurutnya, siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Artikel asal di Sinar Harian
#motosikal langgar kereta #kemalangan #IPK Kedah #Ibu Pejabat Polis Kontinjen #pelanggaran #Chuah Seong Lim #Bulatan Jalan Telok Wan Jah