awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut, kereta bertembung lori di JRTB Gerik

Aida Aziz
Aida Aziz
12/06/2022
00:30 MYT
Lelaki maut, kereta bertembung lori di JRTB Gerik
Pemandu lelaki kereta itu ditemukan dalam keadaan tidak tersepit, namun telah disahkan maut oleh pihak KKM. - Foto JBPM Perak
GERIK: Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya dipercayai bertembung dengan sebuah lori di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) di Kilometer 73, selepas Hentian Banjaran Titiwangsa, di sini lewat petang semalam.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 6.57 petang.
Katanya lagi, kemalangan itu membabitkan sebuah kereta jenis Proton Wira dan sebuah lori.
"Setelah anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik menerima maklumat berkenaan, mereka seterusnya bergerak ke lokasi kejadian.
"Setibanya jentera di lokasi mendapati terdapat sebuah kereta Proton Wira bertembung dengan sebuah lori.
"Mangsa iaitu pemandu lelaki kereta itu ditemukan dalam keadaan tidak tersepit, namun telah disahkan maut oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Ujar kenyataan itu lagi, anggota bomba kemudiannya menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi yang diketuai oleh PBK II Kamarul Ariffin Abd Ghani itu tamat pada jam 10.20 malam.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#bertembung
#Lori
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan