Lelaki maut kereta jatuh dalam paya

Sinar Harian
Julai 7, 2021 23:34 MYT
Kenderaan milik mangsa ditemukan dalam paya di jalan Rantau Panjang-Lalang Pepuyu berhampiran Kampung Lubok Stol, Rantau Panjang pada Rabu. Gambar kecil: Abdullah Taifur
RANTAU PANJANG: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas dan jatuh ke dalam paya sedalam tiga meter di jalan Rantau Panjang-Lalang Pepuyu berhampiran Kampung Lubok Stol di sini pada Rabu.
Ketika kejadian mangsa, Abdullah Taifur Mohd Yusoff, 40, memandu kereta jenis Perodua Myvi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba Imran Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu selepas dihubungi orang awam pada jam 11.38 pagi.
Menurut beliau, seramai enam anggota bersama seorang pegawai telah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja membantu dan menyelamat.
"Pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan seorang lelaki yang sudah meninggal dunia.
"Anggota terpaksa menggunakan jentera 'Winch' untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Rabu.
Katanya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Artikel asal di Sinar Harian: Lelaki maut kereta jatuh dalam paya
#Abdullah Taifur Mohd Yusoff #jatuh dalam paya #kereta terbabas #Imran Ismail #Balai Bomba dan Penyelamat #Rantau Panjang #Winch #bomba #Myvi