Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok

Nur Fazlizai Ali
Ogos 27, 2022 03:00 MYT
Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut. - Gambar hiasan
MARANG: Seorang peniaga maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan sebelum melanggar sebatang pokok.
Nahas berlaku di Kilometer 61 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Ru Kubur, Merchang kira-kira jam 9.20 malam pada Jumaat.
Insiden itu menyebabkan mangsa Mohd Ikmal Embung, 26, maut di tempat kejadian.
Siasatan awal mendapati, ketika kejadian mangsa memandu kereta jenis Perodua Kelisa dari arah Kuala Terengganu menghala ke Dungun.
Bagaimanapun sejurus tiba dilokasi kejadian kereta yang dipandu mangsa dikatakan telah hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar sebatang pokok.
Akibat daripada kemalangan itu, mangsa maut akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan kaki.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Marang,Dsp Mohd Zain Mat Dris mengesahkan kejadian.
Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.
#Nahas #hilang kawalan #langgar pokok #maut