awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung

Aida Aziz
Aida Aziz
05/10/2024
00:00 MYT
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Keadaan kenderaan yang terlibat dalam nahas di Bangunan Persekutuan Seri Manjung. - Foto JBPM Perak
MANJUNG: Seorang lelaki berusia 21 tahun maut setelah kereta jenis Perodua Bezza yang dipandunya dipercayai terbabas dan melanggar sebatang pokok di Bangunan Persekutuan Seri Manjung, awal pagi tadi.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, kejadian berlaku sekitar jam 2.10 pagi.
Katanya, seramai 10 orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung bergegas ke lokasi.
"Kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta terbabas dan melanggar sebatang pokok.
"Terdapat seorang mangsa lelaki iaitu pemandu kereta tersepit dan disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
"Ketua operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat dan menyerahkannya kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Operasi diketuai PBK II TBK Zaimi Mohd Noh itu tamat pada jam 2.58 pagi.
Topic Berkaitan
#Nahas
#terbabas
#langgar pokok
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan