awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut langgar dahan tumbang

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
03/05/2018
09:12 MYT
Lelaki maut langgar dahan tumbang
Mangsa, Mohd Tamezi Ariffin, 48, yang berasal dari Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Mat Kilau 2, di sini maut di tempat kejadian.
Seorang lelaki maut selepas melanggar dahan pokok tumbang ketika menunggang motosikal di Kilometer 12 Jalan Jerantut-FELDA Padang Piol dekat Kampung Paya Garuk, di sini hari ini.
Kejadian jam 9 pagi itu mengakibatkan mangsa, Mohd Tamezi Ariffin, 48, yang berasal dari Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Mat Kilau 2, di sini maut di tempat kejadian.
Menurut Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Mazlan Hassan, ketika kejadian mangsa bersendirian menunggang motosikal jenis Honda Dash 110 ke tempat kerja dari arah FELDA Padang Piol menuju ke Jerantut.
"Ketika sampai di tempat kejadian dipercayai sebatang dahan pokok tumbang di hadapan motosikal mangsa.
"Ini mengakibatkan mangsa tidak dapat mengawal kenderaan sebelum melanggar dahan yang melintang jalan itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Jerantut untuk dibedah siasat dan diserahkan kepada keluarga mangsa untuk dikebumikan," katanya yang memberitahu kes itu disiasat mengikut Sekyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#dahan
#Felda
#Jerantut
#Kampung Paya Garuk
#Ketua Polis Daerah Jerantut
#maut
#Mazlan Hassan
#Mohd Tamezi Ariffin
#motosikal
#Padang Piol
#Superitendan Mazlan Hassan
#tumbang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan