awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut motosikal langgar kereta

Sinar Harian
Sinar Harian
12/01/2023
22:45 MYT
Lelaki maut motosikal langgar kereta
Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar sebuah kereta di Kilometer 88, Jalan Batu Pahat-Mersing pada Khamis. -Foto Sinar Harian
KLUANG: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar sebuah kereta di Kilometer 88, Jalan Batu Pahat-Mersing dekat sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten komisioner Bahrin Mohd Nor berkata, kejadian pada jam 9.45 pagi itu melibatkan motosikal jenis SYM dan sebuah kereta Perodua Viva dipandu seorang wanita.
Menurutnya, kejadian itu berlaku di persimpangan empat di mana mangsa datang dari arah Mersing, manakala kereta berkenaan pula dari arah bertentangan.
"Ketika kejadian, motosikal mangsa tidak sempat mengelak kereta berkenaan yang masuk ke simpang kanan lalu melanggar bahagian pintu hadapan.
"Akibat pelanggaran itu, mangsa dikenali Izwan Karudin, 37, yang beralamat di Kahang di sini dan bekerja sebagai pemandu lori meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, pemandu kereta, Nurul Aless Farisha Samsudin, 23, beralamat di daerah ini tidak mengalami sebarang kecederaan.
Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Jalan Batu Pahat-Mersing
#nahas motosikal-kereta
#Izwan Karudin
#Nurul Aless Farisha Samsudin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan