MALAYSIA
Lelaki maut motosikal terbabas dalam sungai
Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya terbabas sebelum terjatuh ke dalam anak sungai berhampiran kebunnya di Lata Telaga 7, Kampung Repoh, dekat Batu Kurau petang tadi. - Foto JBPM Perak/via Sinar Harian
IPOH: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya terbabas sebelum terjatuh ke dalam anak sungai berhampiran kebunnya di Lata Telaga 7, Kampung Repoh, dekat Batu Kurau petang tadi.
Pemangku Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 3.05 petang bagi membantu polis mengeluarkan mangsa yang berusia lingkungan 50-an.
"Mangsa dipercayai terbabas ketika menunggang motosikal di kawasan lereng bukit sebelum terjatuh ke dalam sungai berdekatan kebunnya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Kurau yang digerakkan ke lokasi terpaksa menggunakan kenderaan utiliti untuk ke lokasi kejadian yang terletak sejauh satu kilometer dari jalan utama.
Shazlean berkata mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada 6.45 petang.
-- BERNAMA