MALAYSIA
Lelaki maut, motosikal terbabas langgar lori di lorong kecemasan
Keadaan motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan malam tadi, mengakibatkan seorang warga tempatan yang bekerja sebagai pembantu kedai makan di Singapura, maut. - Foto IPD Kluang/Sinar Harian
KLUANG: Seorang pembantu kedai makan di Singapura maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 52.4, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, pada Khamis malam.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kemalangan itu berlaku sekitar jam 8.20 malam, melibatkan motosikal jenis Honda Wave, sebuah lori dan sebuah kereta.
"Siasatan mendapati motosikal yang ditunggang lelaki warga tempatan berusia 45 tahun itu dalam perjalanan dari Kluang ke Johor Bahru.
"Setibanya di lokasi, motosikal dipercayai telah terlanggar bahagian belakang sebuah lori jenis Nissan yang diletakkan di lorong kecemasan akibat kerosakan,” katanya.
Bahrin menjelaskan, perlanggaran tersebut menyebabkan motosikal terbabas dan memasuki lorong kanan jalan sebelum dilanggar oleh sebuah kereta jenis Honda City yang dipandu seorang lelaki berusia 33 tahun.
“Akibat perlanggaran itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di kepala dan badan, dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Bagaimanapun, pemandu kereta tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Beliau berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Polis turut memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran atau terus menghubungi IPD Kluang di talian 07-7784222.
"Selain itu, polis turut menasihatkan kesemua pengguna jalan raya agar sentiasa berwaspada, berhati-hati dan bertimbang rasa ketika memandu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini," katanya. - Sinar Harian

#penunggang motosikal maut
#Lebuhraya Utara-Selatan
#motosikal langgar lori
#lorong kecemasan
#Kluang