awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shuib didenda RM10,000 promosi vape
'Pirate Queen: Zheng Yi Sao' jadi filem AI generatif pertama di pawagam Malaysia
Gangguan trafik minimum di KM16.33 NKVE Damansara-Subang malam ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut motosikal terbabas, langgar lori sampah

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
03/07/2022
22:30 MYT
Lelaki maut motosikal terbabas, langgar lori sampah
Mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di badan dan kepala selepas terseret kira-kira 40 meter. - Astro AWANI
KEMAMAN: Seorang buruh maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas sebelum melanggar sebuah lori sampah.
Kemalangan berlaku di Kilometer 11, Jalan Chukai-Ibok, berhampiran Kampung Ibok, di sini kira-kira jam 1.50 petang pada Ahad.
Mangsa, Mazlan Yahya, 49 tahun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di badan dan kepala selepas terseret kira-kira 40 meter.
Mangsa dikatakan dalam perjalanan dari arah Bandar Chukai menuju ke arah Kampung Kemasek apabila motosikal yang ditunggangnya dipercayai terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori terbabit.
Mangsa yang cedera parah disahkan meninggal dunia ditempat kejadian.
Manakala pemandu lori yang berusia 39 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.
Menurut Hanyan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#Nahas
#motosikal
#lori sampah
#terbabas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan