NATIONAL

Lelaki maut motosikal tergelincir ke dalam laut

Bernama 05/05/2025 | 05:20 MYT
Anggota PPDA Pelabuhan Klang menemukan mayat seorang lelaki yang lemas selepas motosikal dinaiki bersama seorang rakan dipercayai terjatuh dari dermaga di MATRAIN, Pulau Indah, Pelabuhan Klang pada Sabtu. -Foto JBPM
SHAH ALAM: Seorang lelaki ditemukan lemas selepas motosikal dinaiki bersama rakannya tergelincir ke dalam laut di dermaga Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN), Pelabuhan Klang dekat sini, Sabtu lepas.

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki ditemukan lemas selepas motosikalnya tergelincir ke dalam laut di Pelabuhan Klang.
  • Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan selama dua hari sebelum mangsa ditemukan.
  • Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat diserahkan kepada polis.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata lelaki tempatan berusia 29 tahun itu ditemukan pada 8.17 pagi ini, setelah dua hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.
"Dalam kejadian dua hari lepas, seorang mangsa lelaki berusia lingkungan 30-an diselamatkan orang awam namun seorang lagi tidak dijumpai dan dikhuatiri lemas. Usaha pencarian diteruskan Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) Pelabuhan Klang.
"Komander operasi melaporkan mangsa dijumpai oleh anggota PPDA hari ini, pada jarak 200 meter dari tempat mangsa jatuh," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dengan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
-- BERNAMA
#motosikal jatuh dalam laut #Pelabuhan Klang #MATRAIN #Institut Latihan Pengangkutan Laut