[TERKINI] Pelajar Perempuan Maut Ditikam di Sekolah Bandar Utama – Suspek Ditahan, Direman Esok | Ikuti Perkembangan di Saluran 501 & Semua Platform AWANI
MALAYSIA

Lelaki maut, Perodua Bezza berlanggar dengan treler di Jalan Chemor

Bernama 14/10/2025 | 02:00 MYT
Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh dikejarkan ke lokasi kejadian, sejauh 13 kilometer, selepas menerima panggilan pada 3.48 pagi. - Foto JBPM Perak
IPOH: Seorang lelaki maut apabila Perodua Bezza yang dipandunya berlanggar dengan sebuah treler di Jalan Chemor dekat sini, awal pagi tadi.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata mangsa berusia 39 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan.

Beliau berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh dikejarkan ke lokasi kejadian, sejauh 13 kilometer, selepas menerima panggilan pada 3.48 pagi.

"Kemalangan melibatkan Perodua Bezza dengan sebuah treler yang membawa muatan simen mentah. Anggota menggunakan hyraulic cutter untuk memotong sebahagian kereta tersebut untuk mengeluarkan mangsa," katanya dalam satu kenyataan.

Shazlean berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya kira-kira sejam kemudian.

-- BERNAMA






#Nahas #treler #meninggal dunia #JBPM