MALAYSIA

Lelaki maut rempuh lori melintang tengah jalan

Sinar Harian 23/01/2026 | 10:45 MYT
Seorang lelaki maut selepas lori dipandunya merempuh sebuah lori lain yang berada dalam kedudukan melintang di tengah jalan di Kilometer 24 Jalan Jerantut-Pulau Tawar-Jengka 24, Jerantut pada Jumaat. -Foto Sinar Harian
JERANTUT: Seorang lelaki maut selepas lori dipandunya merempuh sebuah lori lain yang berada dalam kedudukan melintang di tengah jalan di Kilometer 24 Jalan Jerantut-Pulau Tawar-Jengka 24 di sini pada Jumaat.


Ringkasan AI
  • Seorang lelaki maut selepas lori yang dipandunya merempuh lori lain yang berada dalam kedudukan melintang di Jalan Jerantut-Pulau Tawar-Jengka 24, Jerantut.
  • Kemalangan itu melibatkan lori Hino LRF dan lori Nissan (Rigid) di Kilometer 24 Jalan tersebut.
  • Ketua Polis Daerah Jerantut, Mohd Azahari Mukhtar, mengesahkan mangsa, Ahmad Shalabay Abdul Hamid, 55 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah selepas lori Nissan berada dalam kedudukan melintang di jalan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa, Ahmad Shalabay Abdul Hamid, 55, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Mohd Azahari Mukhtar berkata, kemalangan itu berlaku membabitkan lori Hino LRF dan lori Nissan (Rigid).

Menurutnya, siasatan awal mendapati lori Nissan yang dipandu seorang lelaki berusia 38 tahun baru selesai membuang pasir di bahu kiri jalan.

"Namun lori (Nissan) berkenaan kemudiannya berada dalam keadaan melintang dan menghalang laluan di lokasi tersebut.

"Mangsa yang sedang memandu lurus dari arah Bukit Nikmat dipercayai tidak sempat mengelak lalu melanggar lori tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, pelanggaran itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius manakala pemandu lori Nissan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Jerantut untuk proses bedah siasat," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -Sinar Harian






Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang menyebabkan kemalangan yang berlaku di Kilometer 24 Jalan Jerantut-Pulau Tawar-Jengka 24?
    A: Kemalangan berlaku apabila lori Nissan berada dalam kedudukan melintang di tengah jalan, menghalang laluan dan menyebabkan lori Hino merempuhnya.
  • Q: Siapakah mangsa yang meninggal dunia dalam kemalangan tersebut?
    A: Mangsa kemalangan tersebut ialah Ahmad Shalabay Abdul Hamid, berusia 55 tahun.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh pihak polis setelah kejadian kemalangan tersebut?
    A: Pihak polis sedang menyiasat kes kemalangan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
  • Q: Bagaimanakah keadaan pemandu lori Nissan yang terlibat dalam kemalangan tersebut?
    A: Pemandu lori Nissan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan tersebut.
  • Q: Di manakah mayat mangsa dibawa selepas kejadian?
    A: Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Jerantut untuk proses bedah siasat selepas kemalangan.



#lori rempuh lori #lori melintang tengah jalan #Jalan Jerantut-Pulau Tawar-Jengka 24 #Hino LRF Nissan