awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut selepas bergaduh, lapan individu diburu

Bernama
Bernama
27/10/2023
16:10 MYT
Lelaki maut selepas bergaduh, lapan individu diburu
Antara kecederaan pada mangsa yang berusia 24 tahun itu seperti tetakan di kepala, punggung, bahu, tangan dan pergelangan tangan.
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki tempatan maut selepas terlibat dalam satu pergaduhan membabitkan senjata tajam, di Jalan Trus di sini, tengah malam Jumaat.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata mayat mangsa, ditemukan dengan beberapa kecederaan di anggota badannya.
Beliau berkata antara kecederaan pada mangsa yang berusia 24 tahun itu seperti tetakan di kepala, punggung, bahu, tangan dan pergelangan tangan.
"Kejadian berkenaan dipercayai berlaku antara pukul 12.45 tengah malam hingga pukul 1.08 pagi dan kini polis sedang mengesan lapan individu, yang dipercayai terlibat dalam insiden berkenaan.
"Kesemua mereka menaiki kereta Perodua Viva berwarna putih dan Toyota Vios berwarna hijau," katanya dalam satu kenyataan Jumaat malam.
Jelas Raub, pihaknya juga masih menyiasat punca pergaduhan berkenaan mangsa dengan lapan individu warga tempatan yang lain.
Beliau berkata orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan 07-218 2323 atau Pegawai Penyiasat Kanan ASP Kong Hock Peng di talian 019-730 8888.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jenayah
#polis
#pergaduhan
#jalan trus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan