awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut selepas kenderaan dipandu terbabas, langgar pokok

Bernama
Bernama
16/10/2021
16:09 MYT
Lelaki maut selepas kenderaan dipandu terbabas, langgar pokok
Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata mayat Md Jani Sulong, 66, ditemukan orang awam, yang kemudiannya melaporkan penemuan itu di Balai Polis Ladang Geddes pada pukul 11.30 pagi. - Astro AWANI
JEMPOL: Seorang peneroka felda ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta pacuan empat roda jenis Ford Ranger yang melanggar sebatang pokok di kebun sawit di Jalan Kebun Ladang Gaddes, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata mayat Md Jani Sulong, 66, ditemukan orang awam, yang kemudiannya melaporkan penemuan itu di Balai Polis Ladang Geddes pada pukul 11.30 pagi.
Katanya siasatan awal mendapati peneroka felda itu sedang dalam perjalanan dari kedai Hardware Ladang Gaddes menuju Felda Serting Hilir pada kira-kira pukul 11 pagi semalam apabila kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok kelapa sawit.
Dalam kenyataan di sini hari ini beliau berkata lelaki itu dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian akibat sesak nafas.
Hoo berkata mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Jempol untuk bedah siasat, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan
#Ford Ranger
#kenderaan terbabas
#Jalan Kebun Ladang Gaddes
#pacuan empat roda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan