awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Algeria bakal batal perjanjian perkhidmatan udara dengan UAE
Pasukan Petugas Industri Labuan diberi tempoh tiga bulan kemuka cadangan penyelesaian - Hannah
Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut selepas rumah didiami runtuh

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
04/01/2025
00:50 MYT
Lelaki maut selepas rumah didiami runtuh
Operasi mencari dan menyelamat mangsa diaktifkan sebelum seorang mangsa lelaki ditemui tidak sedarkan diri di bawah runtuhan. - Foto JBPM Sarawak
KUCHING: Seorang lelaki maut dalam kejadian rumah runtuh di Jalan Stampin Baru, di sini, awal pagi Sabtu.
Menurut Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii, insiden berlaku kira-kira jam 2.58 pagi.
"Sebuah jentera dengan kekuatan lapan anggota kemudian diatur gerak ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya.
Setiba di lokasi, pasukan mendapati sebuah rumah kediaman setingkat jenis kekal telah runtuh dan berdasarkan maklumat awam, terdapat seorang mangsa di dalam rumah tersebut," katanya.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa diaktifkan sebelum seorang mangsa lelaki ditemui tidak sedarkan diri di bawah runtuhan.
"Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 4.05 pagi dan disahkan telah meninggal dunia oleh paramedik Hospital Umum Sarawak," katanya lagi.
Identiti mangsa, jelasnya, disahkan sebagai Lim Inn Tong, 58, dan punca kejadian masih dalam siasatan pasukan forensik.
Topic Berkaitan
#rumah runtuh
#tertimbus
#Lim Inn Tong
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan