MALAYSIA
Lelaki maut selepas tergelincir di Air Terjun Lata Kinjang
Pasukan penyelamat perlu mendaki kira-kira satu kilometer ke bahagian puncak air terjun untuk sampai lokasi kejadian. - Foto JBPM Perak
IPOH: Seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun maut selepas tergelincir ke dalam kolam di kawasan Air Terjun Lata Kinjang, dekat Chenderiang, petang semalam.
Ringkasan AI
Pemangku Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian pada 5.10 petang dan operasi melibatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah.
"Mangsa dipercayai tergelincir ke dalam kolam di kawasan tempat pemeriksaan 12 di bahagian paling atas air terjun dan tidak sedarkan diri.
"Pasukan penyelamat perlu mendaki kira-kira satu kilometer ke bahagian puncak air terjun untuk sampai lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan.
Shazlean berkata rakan mangsa telah melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) namun mangsa tiada tindak balas sebelum menghubungi talian kecemasan.
Beliau berkata mangsa dibawa turun oleh pasukan penyelamat dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Mangsa Maut: Lelaki tempatan berusia 33 tahun meninggal dunia selepas tergelincir ke dalam kolam di kawasan Air Terjun Lata Kinjang, Chenderiang.
- Operasi Menyelamat: Pasukan bomba mendaki kira-kira satu kilometer ke puncak air terjun untuk sampai ke lokasi; CPR oleh rakan mangsa gagal memberi tindak balas.
- Disahkan Meninggal Dunia: Mangsa dibawa turun dan disahkan meninggal oleh pasukan perubatan KKM sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.