Lelaki maut terjun dari tingkat tiga Suria KLCC

Fareez Azman
April 21, 2021 06:48 MYT
Polis masih melakukan siasatan kejadian lelaki yang maut selepas terjun dari tingkat tiga pusat beli-belah Suria KLCC pada Rabu.
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut selepas terjun dari tingkat tiga pusat beli-belah Suria KLCC, di sini pada Rabu.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira pukul 1.52 petang tadi.
“Pihak polis Dang Wangi terima panggilan jam 1.52 petang, memaklumkan seorang lelaki telah terjun dari tingkat tiga di Suria KLCC. Siasatan masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Terdahulu, tular beberapa keping gambar laman sosial Twitter yang menunjukkan keadaan mangsa terjatuh jatuh dari tingkat tiga itu.
Mangsa dilaporkan mati di tempat kejadian.
Beberapa pengawal keselamatan di lokasi kejadian dilihat menutup mayat mangsa menggunakan kain.

#lelaki maut #Suria KLCC #Kuala Lumpur #terjun dari tingkat tiga #Polis Dang Wangi