Lelaki maut terperangkap dalam lubang pembentung

Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia selepas dilaporkan terperangkap di dalam lubang pembentung di Kampung Baru Tanah Mas, Tapah hari ini. - Foto JBPM Perak/via Sinar Harian
IPOH: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia selepas dilaporkan terperangkap di dalam lubang pembentung di Kampung Baru Tanah Mas, Tapah hari ini.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian membabitkan mangsa berusia dalam lingkungan 40 tahun itu pada 1.38 tengah hari menerusi aduan awam.
"Sebuah jentera bersama pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah digerakkan ke lokasi kejadian sejauh kira-kira sembilan kilometer.
"Kami mendapati mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri serta tidak memberikan sebarang respons. Petugas Kementerian Kesihatan yang berada di lokasi kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


