awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain
CIA henti terbit 'World Factbook' selepas 60 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut tersepit lif angkut barang

Astro Awani
Astro Awani
22/01/2014
05:41 MYT
Lelaki maut tersepit lif angkut barang
Seorang pekerja syarikat perkakasan yang terletak di Bangunan One TJ, Jalan Stutong, Kuching telah dijumpai mati akibat kepalanya tersepit di bahagian lift mengangkut barangan di dalam bangunan berkenaan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Roslan Bek Ahmad melalui kiriman pesanan ringkas (SMS) kepada pihak media, kejadian telah dilaporkan terjadi pada jam 4.28 petang pada Selasa.
Mangsa adalah seorang remaja lelaki tempatan yang berusia 18 tahun yang dikenali sebagai Benedict Juan A/k Christopher.
Mayat mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat yang telah sampai ke tempat kejadian dan mendapati mangsa telah meninggal dunia.
Ahli keluarga mangsa telah dimaklumkan perkara tersebut dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan selanjutnya dan siasatan awal ditempat kejadian mendapati tiada unsur unsur jenayah dan khianat terjadi dan kejadian telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Topic Berkaitan
#Kuching
#lift
#maut
#mengangkut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan