awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut tertimbus tanah ketika melombong emas di Gunung Krian, Bau

Nuzuluddin Abdul Razak, Fadilah Sulaiman
Nuzuluddin Abdul Razak, Fadilah Sulaiman
24/03/2021
09:03 MYT
Lelaki maut tertimbus tanah ketika melombong emas di Gunung Krian, Bau
Difahamkan lombong tersebut berada di dalam kawasan Taman Negara Dered Kirian yang diklasifikasikan sebagai zon larangan.
BAU: Seorang lelaki ditemukan maut manakala dua lagi rakannya terselamat selepas tertimbus tanah ketika melombong emas di kawasan Gunung Krian, Bau.
Mangsa Mat anak Tapa, 25, dikatakan bersama dua rakan sekampung pergi ke kawasan lombong untuk menggali emas sekitar jam 5.30 pagi Selasa.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Khiruddin Drahman, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan termasuk usaha untuk mengeluarkan mangsa.
"Keadaan sangat bahaya dan berisiko selepas mengambil kira struktur lombong yang rapuh.
"Pada kedalaman kira-kira 92 meter, ia memang menyukarkan operasi mengeluarkan mangsa malah keadaan yang sempit juga membataskan pergerakan keluar dan masuk,” jelasnya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Khiruddin menambah pasukan SAR menggunakan pelbagai kaedah termasuk membuka laluan selamat untuk mengeluarkan mangsa yang dihempap runtuhan bongkah batu dan tanah.
Difahamkan lombong tersebut berada di dalam kawasan Taman Negara Dered Kirian yang diklasifikasikan sebagai zon larangan.
Operasi SAR | Tiga lelaki terperangkap dalam lombong emas
Topic Berkaitan
#operasi
#maut
#bomba
#mangsa
#Gunung Krian
#Bau
#lombong emas
#lelaki maut timbus tanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan