awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amerika akan dijatuhkan sendiri oleh tindakan Trump - Mat Sabu
Tokoh politik Britain kagum semangat Malaysia sentiasa sokong perjuangan Palestin
Protes sokong rakyat Iran berlangsung di London, Paris dan Istanbul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki melecur insiden kebocoran gas oksigen di HKL

Bernama
Bernama
13/06/2021
15:54 MYT
Lelaki melecur insiden kebocoran gas oksigen di HKL
Kebocoran gas oksigen berlaku di luar bangunan blok kejuruteraan HKL dan kepulan asap putih memenuhi lokasi kejadian. - Gambar/ Facebook JBPM W.P. Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori melecur di sebelah tangan kiri dalam insiden kebocoran gas oksigen di Blok Kejuruteraan, Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata insiden berlaku pada kira-kira 6 petang dan seramai 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa serta BBP Jalan Tun Razak dikerah ke lokasi sebaik menerima panggilan.
"Setibanya di lokasi pada 6.13 petang tadi, didapati berlaku kebocoran gas oksigen di luar bangunan blok kejuruteraan HKL dan kepulan asap putih memenuhi lokasi kejadian.
"Punca kejadian dipercayai daripada paip penyambungan daripada lori tangki berkapasiti 7,000 liter yang membawa bekalan gas oksigen telah bocor semasa melakukan kerja-kerja mengisi bekalan gas oksigen ke tangki di HKL," menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata anggota Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) telah berjaya menutup paip penyambungan itu dan kerja-kerja pembersihan dilakukan.
"Lelaki yang mengalami kecederaan melecur itu dihantar ke unit kecemasan HKL untuk mendapatkan rawatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#pemandu lori melecur
#tangan
#kebocoran gas
#oksigen
#HKL
#bomba KL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan