awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki mengaku tidak bersalah cabul anak saudara

Astro Awani
Astro Awani
11/10/2017
06:14 MYT
Lelaki mengaku tidak bersalah cabul anak saudara
Lelaki mengaku tidak bersalah mencabul anak saudaranya. - Gambar hiasan.
Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas dua pertuduhan mencabul anak saudaranya berusia 11 tahun, pada Mei tahun lalu.
Pengakuan itu dibuat tertuduh Yuszerin Mat Yunus, 35 tahun di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh sejurus kedua-dua kertas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Rambai Jaya, Tanjung Minyak di sini kira-kira 1.30 petang pada penghujung Mei tahun lalu.
Mengikut pertuduhan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksima 10 tahun, tertuduh didakwa melakukan kekerasan dengan meramas buah dada kanak- kanak perempuan berusia 11 tahun 6 bulan itu.
Tertuduh turut berdepan satu lagi pertuduhan melakukan kelucahan melampau dengan menyuruh kanak-kanak sama mengusap dan memegang kemaluannya dan didakwa mengikut seksyen 377 d kanun keseksaan yang boleh dipenjara sehingga dua tahun.
Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N. Sivashangari mencadangkan jaminan RM8,000 serta beberapa syarat tambahan termasuk tidak membenarkan tertuduh mendekati dan mengganggu mangsa memandangkan kanak- kank itu merupakan anak saudaranya.
Bagaimanapun peguam bela G. Kumaresan yang mewakili tertuduh memohon jumlah jaminan dikurangkan memandangkan tertuduh hanya bekerja kampung dengan jumlah pendapatan sekitar RM900 sebulan selain menanggung ibu bapa serta seorang isteri.
Sejurus mendengar hujahan kedua pihak, Mohd Firdaus pada penghakimannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 bagi kedua-dua pertuduhan serta mengarahkan jaminan ditarik semula sekiranya tertuduh menganggu atau mengancam mangsa yang juga saksi pendakwaan.
Topic Berkaitan
#anak saudara
#buruh
#cabul
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan