awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki mengaku tidak bersalah tuduhan berkaitan kumpulan militan Daish

Bernama
Bernama
16/01/2017
06:19 MYT
Lelaki mengaku tidak bersalah tuduhan berkaitan kumpulan militan Daish
Memberi sokongan dan melindungi individu yang ada kaitan dengan keganasan adalah suatu kesalahan seroius. - Gambar hiasan
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas dua pertuduhan memberi sokongan kepada pengganas dan melindungi penangkapan seorang individu yang diketahui telah melakukan perbuatan pengganas.
Mohmad Zaini Mohmad Isa, 32, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohamad Shariff Abu Samah.
Mohmad Zaini didakwa memberi sokongan kepada kumpulan pengganas itu di Telok Gadong Kecil, Jalan Yadi, Klang, Selangor antara 25 Mac hingga 30 Jun 2016 mengikut Seksyen 130J (1(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun atau denda, jika sabit kesalahan.
Lelaki itu juga didakwa melindungi dalam penangkapan Junios Ondie @ Jahali yang diketahui telah melakukan perbuatan pengganas, di kawasan belukar lebuh raya Pulau Indah, Klang, pukul 7.15 malam pada 29 Jun 2016.
Pertuduhan di bawah Seksyen 130K (a) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan boleh juga dikenakan denda atau penjara maksimum 20 tahun atau denda, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 20 Feb untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi manakala Mohmad Zaini diwakili peguam Azizzul Shariman Mat Yusuff
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#daish
#kes mahkamah
#militan
#sokongan pengganas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan