awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SIGGRAPH Asia 2026: Kuala Lumpur lakar sejarah, angkat falsafah 'Human-Centered' dan tema 'Weaving the Future'
JAWI diarah siasat isu lelaki berpakaian menyerupai wanita
Jenazah ibu selamat dikebumikan, ayat Anuar Zain undang sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki mengamuk tikam kakak ipar direman

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
26/12/2020
07:59 MYT
Lelaki mengamuk tikam kakak ipar direman
Amihizam Abdul Shukor berkata, Majistret membenarkan permohonan reman selama tuh hari ke atas suspek. - Gambar hiasan
SUBANG JAYA:Seorang lelaki Myanmar yang mengamuk sebelum bertindak menikam kakak iparnya hingga mati di sebuah apartmen di USJ 7 di sini, pada Jumaat direman tujuh hari sehingga 1 Januari depan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Amihizam Abdul Shukor berkata, suspek yang berusia 42 tahun itu dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya untuk permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah hari ini.
"Majistret meluluskan permohonan reman selama tujuh hari bermula hari ini," katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.
Amihizam menjangkakan bedah siasat akan dilakukan esok selepas keputusan ujian COVID-19 diperoleh.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam Jumaat, mangsa yang merupakan seorang pekerja kilang maut ketika cuba meleraikan pergaduan antara suspek dan isterinya.
Suspek dipercayai bertengkar dengan isterinya yang juga adik mangsa kerana tidak menyediakan makanan yang mencukupi.
Ketika mangsa cuba meleraikan pergaduan itu selepas melihat suspek yang mabuk bertindak menarik rambut dan menumbuk kepala isterinya.
Apabila mangsa cuba menenangkan suspek, lelaki itu terus menikam bahagian belakang badan mangsa dengan sebilah pisau sebelum melarikan diri.
Bagaimanapun suspek berjaya ditahan kira-kira satu jam kemudian di bawah blok rumahnya dan polis turut merampas senjata yang dipercayai digunakan lelaki itu.
Topic Berkaitan
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
#membunuh
#Myanmar
#warga asing
#menikam
#mengamuk
#bunuh
#Superintendan Amihizam Abdul Shukor
#Subang Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan