KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tempatan meninggal dunia ketika mengadili perlawanan bola sepak di Taman Berjaya, Kajang, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung lelaki berumur 50-an itu, yang tidak sedarkan diri pada 4.17 petang.
"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa yang merupakan pengadil perlawanan, rebah di tengah padang ketika perlawanan telah berlangsung dalam tempoh 19 minit.
"Pihak ambulans yang tiba terus menjalankan pemeriksaan terhadap mangsa dan telah mengesahkan kematiannya. Mayat dihantar ke Hospital Kajang untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Zaid berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 14 2022
Polis menerima panggilan kecemasan berhubung lelaki berumur 50-an itu, yang tidak sedarkan diri pada 4.17 petang. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Lelaki meninggal dunia ketika mengadili perlawanan bola sepak
Seorang lelaki tempatan meninggal dunia ketika mengadili perlawanan bola sepak di Taman Berjaya, Kajang, petang semalam.
Pengadil England henti perlawanan ketika azan berkumandang
Pengadil England, Mark Clattenburg hentikan perlawanan ketika azan berkumandang menjadi tumpuan utama peminat bola sepak.