Seorang lelaki meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang selepas mencari madu di seberang Sungai Korbu, Kampung Kenang, dekat sini, Sabtu malam.
Bantuan anggota bomba dari Balai Bomba Sungai Siput dipanggil untuk membantu membawa pulang mayat mangsa yang berumur 30 tahun itu.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 6.21 petang.
"Kami menerima maklumat dari orang awam bahawa terdapat seorang lelaki Melayu telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang mengambil madu bersama tiga orang rakan di seberang Sungai Korbu," katanya di sini.
Menurutnya, pegawai dan anggota bomba berjaya membawa mayat mangsa keluar dari lokasi dengan menggunakan peralatan menyelamat seperti tali, 'webbing' dan 'scoop stretcher'.
Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi ditamatkan kira-kira jam 10 malam.
Abd Razak Mohd Ali
Sat May 11 2019
Mayat mangsa berjaya dibawa keluar dari lokasi dengan menggunakan peralatan menyelamat seperti tali, 'webbing' dan 'scoop stretcher'. - JBPM Perak
EPL: Man United sama hebat dengan skuad tercorot liga
Penjaga gol Manchester United, Andre Onana menjadi punca buat pasukannya kehilangan kemenangan menentang Burnley.
Pedofilia MRSM Tumpat: Polis selesai panggil 14 individu
Polis selesai memanggil 14 individu untuk dirakam keterangan berhubung kes pedofilia melibatkan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Tumpat.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN sah miliki Sarjana Eksekutif UMPSA
Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut, 54, disahkan memiliki Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN tunjuk bukti kelayakan akademik
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut menunjukkan bukti berkaitan kelayakan akademiknya bagi menjawab isu berkenaan.
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Lelaki meninggal dunia ketika pulang mencari madu
Seorang lelaki meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang selepas mencari madu di seberang Sungai Korbu, Perak, Sabtu malam.