MALAYSIA
  
            Lelaki meninggal dunia semasa sertai aktiviti korban di Lumut
Menurut polis, Radzuan (gambar) meninggal dunia di Hospital Seri Manjung dan hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati mangsa mengalami serangan jantung. - Foto Pertubuhan Saham Akhirat Perak Percuma/BERNAMA
            
      IPOH: Seorang lelaki meninggal dunia semasa menyertai aktiviti gotong-royong penyembelihan lembu sempena Aidiladha di Kampung Sungai Rumput, Kampung Sitiawan dekat Lumut semalam.
Mangsa dikenali sebagai Radzuan Nanyan, 50, dilaporkan pengsan di sebuah kawasan padang di lokasi ibadah korban tersebut dilaksanakan.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira 12.30 tengah hari semalam.
"Mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Seri Manjung dan hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati mangsa disahkan mengalami serangan jantung," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hasbullah berkata pihaknya kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).
Terdahulu, tular satu rakaman video memaparkan orang ramai membantu urusan membawa lelaki itu ke hospital menaiki ambulans sebaik insiden itu berlaku.
-- BERNAMA