MALAYSIA
Lelaki menyamar anggota polis, ugut remaja perempuan ditahan
Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki menyamar sebagai anggota polis dan melakukan ugutan terhadap seorang remaja perempuan di Klebang, 18 Jan lepas. - Foto hiasan
MELAKA: Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki menyamar sebagai anggota polis dan melakukan ugutan terhadap seorang remaja perempuan di Klebang, di sini 18 Jan lepas.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata suspek berusia 25 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, kira-kira 6.30 petang, 20 Jan.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 2 pagi ketika mangsa yang bekerja sebagai juruwang sebuah pasar raya dalam perjalanan pulang ke rumah dengan menunggang motosikal.
"Suspek yang turut menunggang motosikal telah menahan remaja itu dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis sebelum meminta kad pengenalan mangsa serta mengambil gambar kad berkenaan menggunakan telefon bimbitnya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Christopher berkata selepas memeriksa telefon bimbit mangsa, suspek kemudiannya mengugut remaja berusia 17 tahun itu supaya memuaskan nafsunya bagi mengelakkan daripada dikenakan saman, sebelum beredar dari lokasi kejadian.
Beliau berkata mangsa kemudian bertindak membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA