JERTIH: Seorang lelaki warga Myanmar ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu kerana memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) palsu dalam Op Kutip dan Op Belanja di bandar Jertih, di sini, semalam.
Lelaki berusia lingkungan 20-an itu bergerak bebas tanpa rasa takut kerana menyangka tindakannya memiliki kad palsu itu tidak akan dikesan oleh pihak berkuasa.
Pengarah JIM Terengganu, Azhar Abd Hamid berkata lelaki itu merupakan seorang daripada keseluruhan 25 pendatang asing tanpa izin berusia 20 hingga 55 tahun yang ditahan JIM dalam operasi yang bermula pada 7 pagi dan berakhir pada 7 malam di sekitar Besut itu.
"Lelaki itu mendakwa dia memperoleh kad tersebut daripada rakannya di Johor dengan bayaran RM150 setelah pemeriksaan oleh pihaknya melalui sistem mendapati kod kad yang ditunjukkan lelaki itu sebenarnya milik seorang wanita.
"Keseluruhan pendatang asing tanpa izin yang diperiksa dalam operasi yang disertai 26 pegawai JIM, membabitkan 154 orang terdiri daripada warga Myanmar, Bangladesh, Thailand dan Indonesia," katanya kepada pemberita pada sidang media di perkarangan Pejabat Imigresen Malaysia cawangan Besut dekat Kampung Raja di sini.
Azhar berkata kesemua mereka ditahan di bawah Akta Imigresen iaitu Seksyen 6(1)(c) kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri, 15 (1) (c) kerana tinggal lebih masa serta Peraturan 39 (b) kerana melanggar syarat pas dan kesemua mereka kemudian dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Ajil untuk tindakan lanjut.
"Turut disita empat motosikal termasuk barang jualan sate ikan manakala sebuah kereta yang dipandu lelaki Myanmar itu akan dirujuk kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tindakan seterusnya," katanya.
Setakat semalam JIM Terengganu melaksanakan 102 operasi di seluruh negeri sejak awal tahun ini membabitkan penahanan 209 pendatang asing tanpa izin atas pelbagai kesalahan melibatkan lebih 1,400 orang yang diperiksa.
Dalam pada itu, Azhar turut mengingatkan majikan untuk tampil mengambil biometrik pekerja masing-masing yang berdaftar di bawah Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 (RTK 2.0) sebelum proses verifikasi tamat pada 31 Mac depan.
"Ini disebabkan statistik yang kami ada seramai 6,000 lebih yang mendaftar Program RTK 2.0 tetapi hanya lebih 3,000 majikan sahaja yang datang mengambil biometrik pekerja masing-masing setakat ini, dan masih ada dua bulan lagi tempoh untuk mereka datang ke pejabat JIM untuk tujuan itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 03 2024
JIM Terengganu melaksanakan 102 operasi di seluruh negeri sejak awal tahun ini membabitkan penahanan 209 PATI atas pelbagai kesalahan. - Gambar hiasan
LPP ajak usahawan ceburi ternakan udang kara
LPP sedia berkolaborasi dengan syarikat penternakan udang kara bagi memberi latihan dan mengajar kaedah ternakan untuk dipraktikkan.
Singapura cadangkan rang undang-undang larang kandungan deepfake semasa pilihan raya
Rang Undang-Undang itu mencadangkan larangan penerbitan iklan pilihan raya dalam talian (OEA) yang dijana atau dimanipulasi secara digital.
MyPELINDUNG 2024: Jamin kehidupan selamat bersama COVID-19
Kempen MyPELINDUNG 2024 terus membantu rakyat Malaysia untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu.
Persembahan 'Rumah MADANI Jiwa Merdeka' antara tarikan sambutan Hari Malaysia
Rumah MADANI Jiwa Merdeka bakal dipersembahkan oleh 100 artis budaya daripada Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.
Pihak berkepentingan pelancongan diminta tingkatkan usaha jayakan VM2026
Pihak berkepentingan dalam industri pelancongan diminta untuk meningkatkan usaha menjayakan kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026), titah Pemangku Raja Perlis.
Malaysia Airlines, MFL lanjut kerjasama tiga tahun lagi
Malaysia Airlines melanjutkan kerjasama strategik dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bagi tempoh tiga tahun lagi hingga 2027.
Idris Elba sertai PM UK lancarkan kempen anti-jenayah pisau
Pelakon dan penyanyi, Idris Elba berganding bahu bersama Perdana Menteri Britain, Keir Starmer untuk melancarkan sebuah kempen memerangi jenayah melibatkan senjata pisau.
Usaha akhiri perang di Gaza jadi keutamaan - PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menegaskan usaha mengakhiri perang yang telah berlangsung hampir setahun di Gaza adalah menjadi keutamaan ketika ini.
Lantang bersuara hentikan perang Gaza, bina semula institusi pendidikan - Dr Wan Azizah
Masyarakat dunia diseru bersatu dalam menyuarakan desakan menghentikan perang di Gaza, yang telah memusnahkan institusi pendidikan di Palestin.
Singapura cadang RUU larang kandungan deepfake
Rang Undang-Undang itu mencadangkan larangan penerbitan iklan pilihan raya dalam talian (OEA) yang dijana atau dimanipulasi secara digital, bermula dari pengeluaran Writ Pilihan Raya hingga tamat pengundian pada hari mengundi.
Lelaki Myanmar miliki kad UNHCR palsu ditahan
Seorang lelaki warga Myanmar ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu kerana memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) palsu.
2 beradik maut dicampak bapa dari atas Lebuh Raya MRR2 sebelum terjatuh
Pemegang kad UNHCR itu juga terbunuh sementara seorang lagi anaknya yang turut dicampak dari lebuhraya itu cedera parah.
Polis selesai kes bunuh wanita Somalia dalam tempoh 24 jam, rakan sekerja ditahan
Polis berjaya menyelesaikan kes pembunuhan membabitkan wanita Somalia dalam tempoh 24 jam dengan penahanan seorang pembantu restoran warga Iraq, malam tadi.
Thailand: Lese majeste bukan menyekat kebebasan bersuara
Undang-undang itu, dalam pelbagai bentuk, wujud di banyak negara termasuk Thailand bagi melindungi hak atau reputasi Raja, Permaisuri dan pewaris takhta atau pemangku raja.
Kes bunuh kanak-kanak enam tahun, suspek disambung reman - Polis
Tempoh reman ke atas tiga suspek yang ditahan berhubung kes bunuh kanak-kanak perempuan di hadapan pusat beli-belah di Jalan Memanda 3, Ampang, pada 11 Mei lalu dilanjutkan empat hari lagi.