awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki nafi pecah amanah sewaan premis milik Persekutuan Pengakap

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
11/01/2022
04:04 MYT
Lelaki nafi pecah amanah sewaan premis milik Persekutuan Pengakap
Kesemua kesalahan itu dilakukan di sekitar negeri Melaka antara 15 Oktober 2015 hingga 30 Januari 2018 lalu. - Astro AWANI
AYER KEROH: Bekas Penolong Setiausaha Kerja Eksekutif Majlis Pengakap Melaka, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan melakukan pecah amanah melibatkan RM63,400 sejak tujuh tahun lalu.
Tertuduh, Ahmad Danial Osman, 32, membuat pengakuan itu sejurus 30 pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa, di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.
Mengikut semua 30 pertuduhan, tertuduh didakwa menyalahgunakan harta milik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Melaka iaitu bayaran sewaan tiga premis milik persekutuan itu berjumlah RM63,400.
Kesemua kesalahan itu dilakukan di sekitar negeri Melaka antara 15 Oktober 2015 hingga 30 Januari 2018 lalu.
Justeru tertuduh didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tempoh enam bulan hingga lima tahun, sebatan dan hendaklah juga dikenakan denda bagi setiap pertuduhan.
Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Irwan Shah Abdul Samat mencadangkan jaminan RM10,000 mengambil kira kesalahan yang dilakukan adalah serius.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu jumlah jaminan itu dikurangkan dengan alasan dia menghidap penyakit kencing manis kronik selain tidak lagi mempunyai pendapatan tetap.
Elesabet pada penghakimannya kemudian menetapkan diikat jamin RM10,000 dan 14 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.
Mahkamah turut mengarahkan tertuduh untuk melaporkan diri setiap bulan di pejabat SPRM Melaka.
Topic Berkaitan
#pecah amanah
#sewa
#Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Melaka
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan