ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menjelaskan video seorang lelaki mirip wajahnya menaiki kereta mewah yang tular di Facebook sejak Khamis bukan anak lelakinya.
Menurutnya, seorang individu memuat naik video berkenaan dengan mendakwa lelaki yang sedang mempromosi pertandingan memancing itu adalah anak beliau.
Bagi menepis dakwaan itu, Muhammad Sanusi memuat naik gambar keluarga beliau yang dirakamkan pada tahun ini di Facebook miliknya.
“Ada juga orang percaya paparan yang tidak masuk akal itu, yang dimuat naik di Facebook.
"Mungkin individu itu gunakan akaun palsu untuk menimbulkan fitnah terhadap saya,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Jumaat.
Muhammad Sanusi berkata, apa yang dilakukan individu berkenaan dengan menyebarkan fitnah tersebut telah dicatat oleh malaikat.
“Malaikat Raqib dan Atid di kiri kanan yang kerja mereka mencatat setiap dosa dan pahala, tetap kenal dia siapa,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Muhammad Sanusi memaklumkan beliau hanya mempunyai seorang anak lelaki berusia 19 tahun, serta empat anak perempuan.
“Anak lelaki saya orangnya kurus saja, tak macam bapa dia,” katanya dengan nada seloroh.
Muhammad Sanusi turut memuat naik penjelasan menafikan mempunyai kaitan dengan lelaki yang tular berkenaan di Facebook miliknya bagi mengelak fitnah berkenaan terus berleluasa.
Paparan berkenaan turut dikongsi ramai netizen, yang mana sebahagian menyarankan Muhammad Sanusi agar mengambil tindakan perundangan sebagai pengajaran bagi mengelak perkara seumpama berulang.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jan 01 2022
Video seorang lelaki mirip wajah Muhammad Sanusi menaiki kereta mewah yang tular di Facebook sejak Khamis. -Foto Sinar Harian
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Dakwa hubungan PH-BN kini retak, Fahmi minta Sanusi diam
Muhammad Sanusi pada Isnin mengatakan bahawa Perikatan Nasional (PN) akan 'pecahkan lagi' keretakan dalam hubungan antara MCA dengan PH.
Sanusi jumpa Anwar 4 Mei, akan suarakan 'wishlist' Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 4 Mei depan.
Sanusi kahwin lagi: Antara 'Dok Pahang' dengan 'Duduk Pahang'
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa kapsyen bertulis 'Dok Pahang' yang dimuat naik di akaun FB miliknya beberapa hari lepas membabitkan saranan berkahwin.
Empangan bawah tanah: Kedah akan hantar pasukan teknikal ke Jepun
Cadangan membina empangan bernilai lebih RM300 juta itu telah diluluskan di peringkat Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.
Sik disasar jadi hab tanaman padi huma
Lembaga Zakat Negeri Kedah melaksanakan inisiatif menanam padi huma dengan memberi tumpuan kepada kawasan tanah terbiar di daerah Sik.
Operasi KAHB ditamatkan, bukan tutup - Sanusi
Operasi Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) telah ditamatkan bagi membolehkan syarikat itu melunaskan tunggakan gaji dan hutang yang diwarisi.
"Saya dan Sanusi okey, tiada masalah" - Saifuddin
Saifuddin menegaskan, beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan Menteri Besar Kedah meskipun dilihat bertelagah berhubung MTPN.
Sanusi perjelas isu beli kereta rasmi baharu, bukan untuk bermewah
Pembelian kenderaan rasmi kerajaan negeri dibuat mengikut keperluan termasuk kereta rasmi untuk kegunaan Menteri Besar Kedah.
'Jaga petak masing-masing' - Sanusi
"Kita bekerja atas landasan kita, tidak cilok landasan orang lain sesuka hati."
Sanusi suka hebah maklumat penting mesyuarat - Saifuddin Nasution
Saifuddin berkata, Sanusi tidak perlu merungut berikutan sikap beliau sendiri yang tidak menjaga dekorum dan etika mesyuarat.