MALAYSIA
Lelaki nekad terjun dari tingkat tiga selepas bangunan terbakar
Seorang lelaki bertindak nekad terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan rumah kedai di Metrocity, Kuching, selepas premis yang didudukinya terbakar dalam kejadian pada Isnin malam.
KUCHING: Seorang lelaki bertindak nekad terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan rumah kedai di Metrocity, di sini, selepas premis yang didudukinya terbakar dalam kejadian pada Isnin malam.
Ringkasan AI
Mangsa, yang merupakan penyewa bilik di bangunan tersebut, dilaporkan terperangkap apabila api mula marak dari tingkat dua.
Dalam usaha menyelamatkan diri, mangsa menuruni sedikit dari tingkap menggunakan kain yang diikat, sebelum terjun dan disambut oleh orang awam yang membentangkan kain sebagai alas.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii mengesahkan mangsa terselamat tanpa kecederaan serius.
“Dia membuat keputusan berani dengan menggunakan kain sebagai tali untuk turun dari tingkap. Syukur, tindakan pantas orang awam berjaya menyambutnya dengan selamat,” katanya.
Menurut Ling Hii, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.54 malam dan menggerakkan tiga jentera bersama 28 anggota ke lokasi kejadian.
“Pasukan tiba 17 minit kemudian dan mendapati api telah merebak ke struktur tingkat dua. Tindakan pantas dilakukan untuk membuat ‘fire break’ bagi mengelakkan kebakaran merebak ke premis bersebelahan.
“Api berjaya dikawal dalam tempoh empat minit sebelum kerja-kerja penyejukan dijalankan,” tambahnya.
Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu, dan siasatan forensik sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki terjun dari tingkat tiga bangunan rumah kedai di Metrocity selepas premis yang didudukinya terbakar, menyebabkan beliau terperangkap.
- Mangsa menggunakan kain sebagai tali untuk turun dari tingkap sebelum disambut oleh orang awam, dan Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak mengesahkan beliau terselamat tanpa kecederaan serius.
- Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 8.54 malam, tiba 17 minit kemudian, mengelakkan kebakaran merebak ke struktur tingkat dua, dan berjaya mengawal api dalam empat minit.