awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki Nigeria gigit telinga koperal dituduh esok

Sinar Harian
Sinar Harian
29/04/2025
10:40 MYT
Lelaki Nigeria gigit telinga koperal dituduh esok
Suspek berusia 38 tahun akan dituduh mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Lelaki warga Nigeria yang menggigit telinga kiri seorang anggota polis hingga putus sebahagian akan dituduh pada Rabu.

Ringkasan AI
  • Lelaki warga Nigeria yang menggigit telinga kiri seorang anggota polis hingga putus sebahagian akan dituduh pada Rabu.
  • Suspek berusia 38 tahun akan dituduh mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
  • Anggota polis yang cedera masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur, dan telinga yang putus tidak dapat disambung kerana risiko jangkitan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, polis telah mendapat reman lanjutan suspek selama tiga hari sehingga Khamis ini.
Menurutnya, kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dan bersetuju untuk menuduh suspek mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
"Pertuduhan suspek berusia 38 tahun akan dibuat pada esok (Rabu) di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Mengulas mengenai keadaan terkini mangsa, menurut Ahmad Sukarno, anggota lelaki berpangkat koperal itu masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur.
Jelasnya, telinga yang putus tidak dapat disambung kerana berisiko dijangkiti jika terdapat kuman daripada badan suspek.
"Hari ini (Selasa) doktor akan melihat semula keadaan luka mangsa, jika tiada jangkitan kuman akan dilakukan proses pembedahan," katanya.
Dalam kejadian pada jam 10.03 pagi, Jumaat, anggota yang berpangkat koperal itu sedang membantu membawa suspek ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul selepas lelaki terbabit ditahan kerana membuat kacau di sebuah klinik di Jalan Kepong, Metro Prima, Sentul.
Suspek yang sudah bergari dan ketika cuba dimasukkan ke dalam kenderaan peronda polis (MPV) telah bertindak agresif.
Secara tiba-tiba suspek bertindak menggigit telinga kiri anggota terbabit sehingga terputus sebahagian.
Suspek yang positif dadah itu kemudian direman empat hari bermula Sabtu. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#lelaki Nigeria
#gigit telinga koperal
#putus sebahagian
#anggota polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan