MALAYSIA
Lelaki nyaris maut motosikal dihempap pokok tumbang
Anggota JBPM ketika menjalankan kerja-kerja pemotongan dan pembersihan sebelum mangsa dapat diselamatkan. - Foto JBPM Pulau Pinang
KEPALA BATAS: Seorang lelaki nyaris maut selepas motosikalnya dihempap pokok tumbang berhampiran Masjid Jamek Nurussaadah dekat Lahar Tabut Penaga, di sini, awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.55 pagi sebelum menggerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kuala Muda ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba anggota mendapati sebatang pokok telah tumbang dan menghempap motosikal jenis Yamaha Lagenda ditunggangi seorang lelaki berusia 43 tahun.
"Anggota kemudian menjalankan kerja-kerja pemotongan dan pembersihan sebelum mangsa dapat diselamatkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
John berkata mangsa mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) ke hospital untuk menerima rawatan lanjut, sementara operasi ditamatkan pada 7.24 pagi.
-- BERNAMA