awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Dua anggota penguat kuasa MBPP cedera belon dirampas meletup
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki OKU diselamatkan dalam kebakaran dua buah rumah

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
18/08/2025
01:00 MYT
Lelaki OKU diselamatkan dalam kebakaran dua buah rumah
Kebakaran membabitkan dua unit rumah kelas B yang mana sebuah daripadanya musnah 90 peratus manakala sebuah lagi 70 peratus. - Gambar ihsan JBPM
SUNGAI PETANI: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) diselamatkan dalam kebakaran membabitkan dua buah rumah di Kampung Baru, Sungai Lalang, di sini, pada Ahad.
Ketua Zon 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba II Mohd Naim Mat Jaafar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 7.52 malam tadi.
Beliau berkata, operasi disertai sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani dan dibantu BBP Amanjaya serta tujuh Pasukan Bomba Sukarela (PBS).
"Setibanya di lokasi, didapati kebakaran itu membabitkan dua unit rumah kelas B yang mana sebuah daripadanya musnah 90 peratus manakala sebuah lagi 70 peratus.
"Seorang mangsa iaitu lelaki OKU mental yang berada di kawasan kebakaran berjaya diselamatkan oleh anggota dari BBP Amanjaya dan mangsa tidak mengalami kecederaan. Api berjaya dikawal pada jam 8.25 malam dan dipadam sepenuhnya jam 11.46 malam," katanya.
Mohd Naim berkata, setakat ini punca dan kerugian masih dalam siasatan pihak bomba.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#lelaki OKU diselamatkan
#Sungai Lalang
#BBP Amanjaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan