Lelaki OKU ditemui lemas dalam sungai di Taiping

Abd Razak Mohd Ali
Julai 22, 2020 12:30 MYT
Sepasukan anggota bomba sedang di lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa. - Foto ihsan JBPM
Mayat lelaki orang kelainan upaya (OKU) yang dilaporkan hilang selepas terjun ke dalam sungai di jalan utama Taman Pengkalan Maju, di sini, hari ini, berjaya ditemui pihak bomba pada jam 4.30 petang.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak, berkata terdahulu pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada jam 12.38 tengahari.
Menurutnya, sepasukan anggota bertindak ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa.
"Pihak kami turut menggunakan khidmat empat anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Kuala Kangsar bagi mencari mangsa.
"Akhirnya, mayat Tan Thean Peng, 40, ditemui pada jam 4.30 petang tersangkut pada timbunan semak kira-kira 20 kaki dari lokasi mangsa terjun,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan pada pihak polis untuk tindakan lanjut.
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia #JBPM #JPBM Perak #lelaki OKU lemas #OKU #orang kelainan upaya #Pasukan Penyelamat Di Air #PPDA #Taman Pengkalan Maju #Tan Thean Peng