MALAYSIA
Lelaki OKU hilang di Jerantut ditemukan meninggal dunia
Media melaporkan polis meminta bantuan orang ramai mengesan Sabri selepas menerima laporan mengenai kehilangannya pada Sabtu. - Gambar fail
KUANTAN: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang dilaporkan hilang sejak 2 Jun lepas di Jerantut ditemukan meninggal dunia hari ini.
Ringkasan AI
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata mayat Sabri Ismail, 36, ditemukan oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada 10.20 pagi tadi.
Beliau berkata mayat lelaki itu ditemukan kira-kira 300 meter dari lokasi kali terakhir dilihat iaitu di kawasan perumahan Taman Sri Embun, Jerantut pada 2 Jun lepas.
"Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Jerantut untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi hari ini.
Semalam, media melaporkan polis meminta bantuan orang ramai mengesan Sabri selepas menerima laporan mengenai kehilangannya pada Sabtu.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Lelaki OKU mental ditemukan meninggal dunia: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang dilaporkan hilang sejak 2 Jun di Jerantut ditemukan maut hari ini oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
- Lokasi penemuan mayat: Mayat Sabri Ismail, 36, ditemukan kira-kira 300 meter dari lokasi terakhir dia dilihat di kawasan perumahan Taman Sri Embun, Jerantut.
- Tindakan lanjut oleh pihak berkuasa: Polis mengesahkan mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Jerantut untuk proses selanjutnya, selepas sebelum ini meminta bantuan orang ramai mengesan mangsa yang hilang.