awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki OKU hilang sejak dua hari lepas ditemukan mati dalam longkang

Bernama
Bernama
15/12/2023
17:06 MYT
Lelaki OKU hilang sejak dua hari lepas ditemukan mati dalam longkang
Mohamed Nordin berkata mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk dilakukan ujian saringan COVID-19 dan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian. - Gambar fail/Sinar Harian
IPOH: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental berusia 42 tahun yang dilaporkan hilang sejak dua hari lepas, ditemukan meninggal dunia dengan keadaan mayatnya terapung di dalam longkang besar Jalan Pasir Panjang Kampung Koh, dekat Sitiawan, di sini, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan itu melalui laporan yang dibuat orang awam pada pukul 5 petang Jumaat.
"Siasatan awal mendapati mangsa dijumpai dalam keadaan tertiarap di dalam air longkang besar dan tersangkut di batang paip longkang berkenaan.
Polis terpaksa meminta bantuan daripada pihak bomba bagi mengangkat mayat berkenaan keluar dari longkang ekoran ketinggian longkang dianggarkan kira-kira empat meter (m) dan kedalaman air adalah 1.5 m," katanya melalui satu kenyataan, malam Jumaat.
Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk dilakukan ujian saringan COVID-19 dan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.
"Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian diminta menghubungi balai polis berdekatan atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di talian 05-6886222," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pihak bomba
#bilik gerakan
#balai polis
#OKU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan