awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Latvia lapor kerosakan kabel dasar laut di Laut Baltik
Menteri Luar Norway sokong kedaulatan Denmark susulan Trump kembali berminat terhadap Greenland
Indonesia zahir kebimbangan terhadap perkembangan terkini di Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki OKU hilang selepas rumah terbakar

Sinar Harian
Sinar Harian
20/03/2022
02:30 MYT
Lelaki OKU hilang selepas rumah terbakar
Keadaan rumah dihuni dua mangsa yang musnah dalam kebakaran di Felda Sungai Nerek, Jengka pada awal pagi Ahad. - Foto Sinar Harian
KUANTAN: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) hilang selepas rumah didiaminya di Felda Sungai Nerek, Jengka musnah dalam kebakaran pada awal pagi Ahad.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mangsa dipercayai telah keluar kerana tiada tanda-tanda lelaki itu terperangkap dalam rumah tersebut.
Menurutnya, usaha mengesan mangsa sedang dijalankan dengan bantuan pihak polis.
"Rumah berkenaan dihuni oleh dua mangsa. Seorang lagi lelaki dewasa yang menghuni rumah tersebut selamat apabila berjaya keluar menyelamatkan diri," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan daripada MERS 999 jam 3.05 pagi sebelum sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jengka telah diarahkan ke lokasi kejadian.
"Operasi pemadaman turut dibantu anggota dari BBP Maran dengan kekuatan logistik satu jentera pemadaman dan satu jentera EMRS.
"Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal berkeluasan sembilan meter x 24 meter dengan anggaran kemusnahan 95 peratus," katanya.
Beliau berkata, bomba membuat operasi pemadaman menggunakan dua aliran hos salur bantu tangki pam jentera bomba dan bantuan air dari jentera C1-31 sehingga kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Balai Bomba dan Penyelamat
#OKU
#Felda Sungai Nerek
#rumah terbakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan