awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki Pakistan menyamar pegawai perubatan klinik didenda RM8,000

Bernama
Bernama
20/12/2023
07:16 MYT
Lelaki Pakistan menyamar pegawai perubatan klinik didenda RM8,000
Lelaki warga Pakistan yang menyamar sebagai pegawai perubatan di sebuah klinik di Cheras, dijatuhi hukuman denda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Pakistan yang menyamar sebagai pegawai perubatan di sebuah klinik di Cheras, dijatuhi hukuman denda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim menjatuhkan hukuman itu terhadap Suhaib Jalal, 26, setelah mengaku bersalah menipu dengan menyamar sebagai pegawai perubatan sehingga mendorong orang mempercayai dia mempunyai kelulusan untuk menjalankan amalan perubatan.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah klinik di Taman Maluri, Cheras di sini pada 9 malam, 1 Dis lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara lapan bulan jika gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.
Mengikut fakta kes, ketika serbuan dilakukan di tempat kejadian, polis mendapati Suhaib menawarkan khidmat rawatan kesihatan tanpa sijil perakuan dan kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Aisyah Mohamed Zanyuin memohon hukuman setimpal untuk memberi pengajaran kepada tertuduh supaya mematuhi undang-undang dan menjalani prosedur yang ditetapkan oleh KKM.
Peguam Tripatjit Singh yang mewakili Suhaib memohon hukuman denda atas alasan tertuduh berkelulusan dalam jurusan perubatan dari sebuah universiti di China.
"Anak guam saya mempunyai latar belakang sebagai seorang doktor tetapi dia tidak mendapat pengesahan daripada KKM untuk memberikan khidmat perubatan di negara ini," katanya yang turut mengendalikan kes itu bersama peguam Tharanjit Singh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga Pakistan
#menyamar pegawai perubatan
#dijatuhi hukuman denda
#klinik di Cheras
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan