awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki Palestin tidak mengaku salah cederakan rakan senegara

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
09/04/2024
06:30 MYT
Lelaki Palestin tidak mengaku salah cederakan rakan senegara
Mustafa didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Izzeddin A Z Alqassass menggunakan pisau. - Foto PDRM
LANGKAWI: Seorang lelaki warga Palestin mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Langkawi di sini, hari ini, atas tuduhan mencederakan rakan senegaranya hingga parah bulan lalu.
Tertuduh, Mustafa F M Alabed Sadeya, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nurul Natasha Rizal.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Izzeddin A Z Alqassass menggunakan pisau di Jalan Teluk Baru, Pantai Tengah, kira-kira 5 petang pada 29 Mac lalu.
Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 335 Kanun Keseksaan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Farhan Aliff Ahmad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah bagaimanapun menetapkan jaminan RM4,000 terhadap tertuduh dan kes disebut semula 19 Mei depan.
Topic Berkaitan
#warga Palestin
#cederakan rakan senegara
#Langkawi
#cedera guna pisau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan