awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Buruh Bergerak beroperasi tahun ini
Pendekatan Malaysia MADANI bukan sekadar slogan - Budiman
Kes Cradle Fund: Mahkamah Persekutuan kekalkan pembebasan Samirah, dua remaja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki pandu lawan arus di lebuh raya PLUS direman 3 hari

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
13/11/2020
03:02 MYT
Lelaki pandu lawan arus di lebuh raya PLUS direman 3 hari
Suspek yang memandu Perodua Axia melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan tiga buah kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan pada Rabu direman tiga hari untuk membantu siasatan. -Astro AWANI
TAPAH:Lelaki yang memandu Perodua Axia melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan tiga buah kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) pada Rabu direman tiga hari untuk membantu siasatan.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan di Mahkamah Majistret Tapah pada Jumaat.
Pemandu kereta Perodua Axia berusia 34 tahun itu ditahan di rumahnya di Bidor, kira-kira jam 11 pagi Khamis.
Pada Rabu, suspek yang dikatakan ingin mengelak sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Sungkai, memandu melawan arus sehingga mengakibatkan kemalangan di KM355.4 Lebuh Raya Utara Selatan, arah utara dekat Bidor.
BACA: Pemandu lawan arus di PLUS akibatkan kemalangan tiga kenderaan
Kemalangan dipercayai berlaku apabila suspek berusia 34 tahun itu memandu kereta Perodua Axia dari Klang, Selangor ke Bidor, Perak sejauh 1.4 kilometer dari KM354 di susur keluar Sungkai arah utara secara melawan arus untuk menyambut Deepavali bersama keluarga.
BACA: Pemandu Axia sanggup lawan arus di lebuhraya PLUS, untuk balik kampung sambut Deepavali
Sebuah Toyota Rush yang dipandu seorang lelaki di lorong kanan arah utara tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan Perodua Axia tersebut dan berpusing beberapa kali.
Sebuah lori treler yang membawa muatan sarung tangan juga tidak sempat mengelak lalu melanggar Perodua Axia itu.
Bagaimanapun, ketiga-tiga pemandu tidak mengalami kecederaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#pandu lawan arus
#Lebuhraya Utara Selatan
#Mahkamah Majistret
#PLUS
#Axia
#Mohd Harith Mohd Mazlan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan