awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beranak ditahan menyamar polis, samun warga asing
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, bercampur-campur berbanding mata wang lain
Pendekatan 'humanistic AI' perkasa kemampuan manusia, bukan teknologi ganti tenaga kerja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki parah dalam kemalangan dua kereta

Sinar Harian
Sinar Harian
03/10/2021
01:15 MYT
Lelaki parah dalam kemalangan dua kereta
Proton X70 dinaiki enam sekeluarga terbalik selepas berlanggar dengan Toyota Hilux dinaiki mangsa. -Foto Sinar Harian
KUALA SELANGOR: Seorang lelaki parah selepas kereta dipandunya melanggar sebuah kenderaan lain dalam kemalangan di Kampung Bukit Hijau di sini, pada Sabtu.
Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Bomba Zulfikar Jaffar berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 12.42 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor ke lokasi kejadian.
Menurutnya, kemalangan melibatkan kereta pacuan empat roda Toyota Hilux dipandu mangsa dengan sebuah Proton X70 dinaiki enam sekeluarga.
"Pelanggaran itu menyebabkan mangsa berusia 55 tahun parah selepas tersepit di bahagian pemandu sementara seorang penumpang lelaki yang menaiki kenderaan sama mengalami cedera ringan.
"Anggota bomba berjaya mengeluarkan mangsa dan diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut," katanya.
Menurutnya, sementara itu penumpang Proton X70 terdiri daripada seorang wanita berusia 43 tahun, tiga kanak-kanak lelaki dan dua remaja perempuan cedera ringan.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kuala Selangor
#Kampung Bukit Hijau
#Proton X70
#Toyota Hilux
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan