awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekalan air di Melaka mencukupi untuk Aidilfitfi - Exco
Dentuman misteri kembali didengari, JMG Perak dan polis tidak terima aduan
Jualan sektor pembuatan naik 4.2 peratus kepada RM1.97 trilion pada 2025 - Perangkaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki parah diserang menggunakan senjata tajam

Sinar Harian
Sinar Harian
26/04/2022
21:15 MYT
Lelaki parah diserang menggunakan senjata tajam
Siasatan awal mendapati kejadian itu lebih bermotif kepada isu peribadi. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Seorang lelaki cedera parah di bahagian kaki kanan dan kiri selepas diserang beberapa lelaki menggunakan senjata tajam di rumahnya di Kok Lanas di sini, kira-kira jam 2.15 pagi pada Selasa.
Mangsa yang berusia lewat 40-an kini sedang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.21 pagi daripada seorang wanita berusia 40-an.
"Susulan itu usaha mengesan kesemua suspek yang terlibat dalam kejadian itu giat dijalankan.
"Siasatan awal mendapati kejadian itu lebih bermotif kepada isu peribadi," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 (A) Akta Senjata 1960.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi talian 019-3274302 atau 09-7752200," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#Kok Lanas
#cedera
#senjata tajam
#isu peribadi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan