NATIONAL
Lelaki parah diserang tiga lelaki bertopeng
Mangsa yang rebah di hadapan sebuah klinik diberikan rawatan awal sebelum dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya untuk mendapatkan rawatan lanjut. -Sinar Harian
BUTTERWORTH: Seorang lelaki cedera parah selepas diserang sekumpulan lelaki bertopeng menggunakan parang dalam kejadian di hadapan sebuah restoran di Jalan Raja Uda, di sini, pada Khamis lalu.
Ringkasan AI
Dalam kejadian kira-kira jam 7.20 malam itu, mangsa bersama rakannya baru sahaja tiba di restoran terbabit untuk makan sebelum diserang secara tiba-tiba dari arah belakang oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika sedang membuka pintu kereta.
Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Superintenden C Tharmalingam berkata, mangsa cuba melarikan diri namun dilanggar oleh kereta yang dinaiki suspek hingga menyebabkan dia terjatuh.
Menurutnya, mangsa kemudian diserang oleh tiga lelaki bertopeng menggunakan senjata parang.
“Mangsa yang cedera parah sempat melarikan diri dan mendapatkan perlindungan di sebuah klinik swasta berhampiran lokasi kejadian untuk mendapatkan bantuan.
“Doktor klinik tersebut memberikan rawatan awal sebelum menghubungi ambulans untuk membawa mangsa ke Hospital Seberang Jaya bagi rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.
Tharmalingam berkata, keadaan mangsa kini dilaporkan stabil.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa dua suspek berusia lingkungan 30-an telah berjaya diberkas oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah SPU bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
“Siasatan masih diteruskan bagi melengkapkan kertas siasatan, dan polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Irwan Shah di talian 04-5762222 sambungan 2275 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya lagi. -Sinar Harian
Ringkasan AI
- Seorang lelaki cedera parah selepas diserang sekumpulan lelaki bertopeng bersenjatakan parang di hadapan sebuah restoran di Jalan Raja Uda, Pulau Pinang, pada 7.20 malam Khamis lalu.
- Mangsa cuba melarikan diri tetapi dilanggar kereta suspek sebelum diserang lagi; dia sempat mendapatkan rawatan awal di sebuah klinik berhampiran sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya dan kini dilaporkan stabil.
- Dua suspek berusia lingkungan 30-an telah ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan, dan polis masih meneruskan siasatan serta meminta orang ramai tampil membantu jika mempunyai maklumat.